Saturday 26 January 2013







'CINTA HALAL'

Assalammualaikum w.b.t

Bermulanya kisah ku dengan 'CINTA HALAL', aku dilahirkan pada 14.04.1994 dan diberi nama KHATEJA BINTI KARIM, disini aku ingin berkongsi tentang pengalaman ku bercinta selama bertahun-tahun, aku mula bercinta ketika umur ku 11 tahun, pada masa tu, perasaan ku masih lagi berubah2, sekejap mahu yg itu,sekejap mahu yang ini, Tetapi, ketika umur ku mulai meningkat, fikiran sudah sedikit matang, perasaan sudah mulai berbunga2, pada waktu itu, umur ku sudah 16 tahun,disini lah mulainya 'CINTA MONYET', semua orang merasakan hal yang sama, bahawa bercinta adalah perkara yang seronok, membahagiakan, menyenangkan dan sebagainya. 

Pada 03.03.2011, bermulanya cinta ku bersama seorang guru disekolah ku sendiri, pada masa itu umur ku sudah 17 tahun, dan pada tahun tu, aku akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan menentukan masa depan ku, dalam masa yang sama aku bercinta, ketika itu, aku belum bijak lagi membahagikan masa ku dengan blajar dan bercinta, jadi mulailah aku rasa tekanan, yalah semua orang ada perasaan, pahit dan manis pun mulailah berlaku, lebih2 lagi apabila bergaduh, hurmmm aku rasa tekanan pada masa tu, sehingga aku malas nak blajar, disebabkan tiada mood, ini lah salah satu sikap ku yang susah nak kawal emosi.

Selepas sahaja peperiksaan SPM, huh! barulah aku rasa lega, xda dah mau fikir apa2, jadi aku dirumah ja, well habis dah exam,so tnggal tunggu result lah, hurmm tapi aku sedih sebab kena berpisah dengan keluarga dan kekasih,yalah aku dapat PLKN,dekat N9,ulu pari...lama tu, bulan 3 baru habis. Hurmm selepas ja aku keluar dari PLKN, mak aku dan bf datang jemput aku, adakah dorang x kenal aku? sebab kurus, hitam lg..hahaha so bad..sedih juga, biasanya orang kalau baru balik dari PLKN mesti lah gemuk kan, sebab 1 hari 5 kali makan, biasalah aku kan makan hati ja disana,balik2 sedih+nangis..dah tu setiap hari sabtu baru dapat fon..

Tahun 2012, aku still dengan bf aku lagi, 03.03.2012, genap setahun aku dengan bf aku, alhamdulillah jodoh  kekal, result sudah keluar, Alhamdulillah lulus(ada juga A) tapi biarlah rahsia. Plan nak masuk u, tapi semua nasihat yang aku dengar daru guru2 di sekolah, Ting 6 sdh guna sistem modular, senang juga, Jadi aku pun masuk lah juga ting 6, jimat sikit masa, lg pun hbis ting 6 terus sambung degree kan..actually cita aku nak jadi jururawat, tapi dalam masa yang sama, aku mahu juga nak jadi guru, kta tengok ja lah nanti rsult keluar, kalau pointer 3.0 above, sy smbung kat ums lah,nak jadi guru.. parents aku pun sokong juga..OK sehingga lah sekarang hubungan aku dengan bf masih  lg, skg tanggal 27.01.2013, 5 hari lalu, baru lah aku tahu apa sebenarnya CINTA? ? ?...Ya ALLAH, aku telah berdosa, bf aku nasihat dengan aku, bahawa b'couple adalah haram mengikut hukum agama, jd dia gantungkan perhubugan kami.

Aku akui, memang sukar untuk terima semua keputusan nya, tapi demi agama, aku redha, mungkin ada hikmah disebalik semua ni, Bercinta Selepas NIKAH kan bahagia, bf aku kata,simpan lah perasaan sayang dan cinta itu untuk ALLAH s.w.t, kalau kita ada jodoh pasti TUHAN akan satukan kita, dia x kan tinggalkan aku, ada masa yang sesuai dia akan pinang aku., jadi aku sudah terima dengan keputusannya..so sekrang aku cuma fokus dengan study dan exam..pasal bercinta tu blakang cerita..skg ni aku kena tumpukan dengan pelajaran..

sekarang suda tanggal 27.01.2013.. aku cadang nak kahwin hujung tahun ni habis ja exam, harap2 jodoh kami berpanjangan..AMIN...

Kepada rakan2 yang baca blog aku ni, Terima kasih sebab sudi baca,ingat lah kita di dunia ni hanya sementara, 'COUPLE ITU HARAM', jadi kita bersama-sama ikut hukum islam yang telah ditulis dalam hadis atau AL-QURAN...kepada kaum hawa, bersama2 lah kita menjaga maruah, kerana kita iibarat kaca, apabila kaca itu sudah pecah,tidak boleh disatukan lg,begitu juga kaum hawa..OK sekian, yang baik tu datang dari ALLAH S.W.T,yang buruk itu datang dari saya sendiri..